BILANGAN KROMOSOM PADA GAMET JANTAN DAN BETINA

  1. Proses meiosis dalam sel pembiakan menghasilkan gamet-gamet yang mempunyai bilangan kromosom separuh daripada induknya.

  2. Organ pembiakan lelaki iaitu testis akan menghasilkan sperma manakala organ pembiakan perempuan iaitu ovari akan menghasilkan ovum.

  3. Proses meiosis dalam sel testis menghasilkan dua jenis sperma yang berlainan, iaitu sperma yang mempunyai :

        a)22 kromosom dan 1 kromosom seks X, (22 + X)

        b)22 kromosom dan 1 kromosom seks Y, (22 + Y)

  1. Nisbah sperma jenis (22 + X) dan jenis (22 + Y)yang terhasil adalah sama iaitu, 1 : 1.

  2. Proses meiosis dalam sel ovari menghasilkan satu jenis ovum sahaja iaitu ovum yang mempunyai 22 kromosom dan 1 kromosom seks X.(22 + X).

 

 

 

 

 

 

 

Back To Main

 

Oval: Meiosis
Oval: Meiosis
Text Box: 44 + XY
Text Box: 44 + XX

Oval: 22 + Y
Oval: 22 + X
 
Oval: 22 + X
 
Oval: 22 + X