Persenyawaan Dan Penentuan Seks

  1. Jantina atau seks seseorang adalah ditentukan semasa proses persenyawaan.

  2. Proses persenyawaan adalah proses percantuman atau penyatuan antara gamet jantan (sperma) dengan  gamet betina (ovum) untuk membentuk zigot.

  3. Persenyawaan berlaku dalam tiub Fallopio seseorang wanita . Zigot yang terbentuk akan membesar untuk menjadi embrio dan bergerak ke uterus.

  4. Semasa persenyawaan, hanya satu sperma akan bercantum dengan ovum walaupun berjuta-juta sperma dihasilkan semasa proses meiosis .

  5. Zigot yang terbentuk akan berkembang menjadi embrio dan seterusnya menjadi anak.

Back To Main