Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan serentak dan kedua-duanya disenyawakan oleh dua sperma secara berasingan dan menghasilkan dua zigot.
Kedua-dua zigot akan berkembang menjadi dua orang anak.
Anak kembar tak seiras yang dilahirkan mempunyai pelbagai variasi antara mereka seperti yang terdapat pada adik-beradik biasa.
Sifat anak kembar tak seiras adalah seperti adik-beradik biasa.