Kromosom Seks
Setiap sel badan manusia mempunyai 46 kromosom atau 23 pasang kromosom.
Antara 23 pasang kromosom tersebut, terdapat sepasang kromosom yang menentukan seks seseorang
Kromosom ini dikenal sebagai kromosom seks.
22 pasang kromosom lagi dikenal sebagai autosom.
Autosom membawa gen yang menentukan sifat, sifat seseorang seperti warna mata dan kebolehan menggulung lidah.
Lelaki (Testis) : 44 autosom + XY
Perempuan (Ovum) : 44 autosom + XX
Kromosom seks terdiri daripada dua jenis iaitu : Kromosom X & Kromosom Y.
Kromosom seks X lebih besar dan lebih panjang daripada kromosom seks Y sebab kromosom seks Y tidak membawa bahan genetik.
Bagi lelaki, sel badannya mempunyai 44 kromosom, 1 kromosom seks X & 1 kromosom seks Y (44+ XY).
Bagi perempuan pula, sel badannya mempunyai 44 kromosom (autosom) dan sepasang kromosom seks X (44 + XX).